SOLAT HAJAT
















SEJARI





Kelab Fasilitator Bitara telah mengadakan Explorace Jelajah Sejari pada tanggal 2 DIS 2012 yang bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil. Program ini telah melibatkan ahli-ahli kelab dan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli kelab. Terima kasih atas sokongan anda dan teruskan bersama kami.













BENGKEL MONTAJ DAN FOTOGRAFI




           Bengkel ini diadakan berdasarkan keprihatinan pihak kelab untuk memberi pendedahan serta mencungkil bakat ahli Kelab Fasilitator Bitara dan mahasiswa/i UPSI bagi melahirkan mahasiswa/i yang serba boleh terutamanya dari aspek pembuatan montaj dan fotografi. Melalui dasar itu, maka sedikit sebanyak menarik minat ahli untuk melibatkan diri dalam setiap program-program yang akan dijalankan sama ada daripada pihak kelab ataupun universiti. Bengkel ini juga menjurus kepada pendedahan kepada teknik-teknik mengambil gambar dan mengedit gambar. Perkara ini penting kerana ia dapat memantapkan Kelab Fasilitator Bitara Universiti Pendidikan Sultan Idris dari pelbagai aspek.


















TEKANAN PADA AKHIR SEMESTER






                                                               
TEKANAN PADA AKHIR SEMESTER

Assalamualaikum…
Kawan-kawan semua sedang buat apa? Mesti tengah sibuk dengan assignment yang perlu di hantar dalam minggu-minggu terakhir semester ni kan? Maklumlah, peperiksaan akhir  semakin hampir. Tambahan pula minggu ni  semua pensyarah sibuk hendak masukkan markah dalam portal.
Macam mana nak buat ni?assignment subjek major mesti hantar esok, yang minor kena hantar lusa. Belum tambah subjek universiti lagi. Aduh! Pening-pening. Masa ni juga la terasa nak drop semua subjek.
Stress???
Jangan risau kawan-kawan sekalian, admin ada cara supaya kawan-kawan semua dapat hilangkan stress dan dapat menyiapkan assignment dengan lancar dan teratur. Cara ni yang selalu admin lakukan. Sekadar perkongsian, jom kita lakukan bersama-sama.
Nak tahu caranya?
1.    Syaitan selalu bersama kita terutama apabila kita berada dalam keadaan tertekan. Apabila kita tidak lagi mampu mengawal emosi kita, syaitan akan memujuk kita melakukan sesuatu di luar jangkaan. Oleh itu, seeloknya kita ambil wuduk sebagai satu cara menenangkan jiwa.











2.    Apa kata kita regang-regangkan otot. Lakukan senaman ringan selama 5 minit.


3.    Kebanyakan daripada kita suka sangat berkurung di dalam bilik. Kononnya hendak siapkan tugasan sebab kesuntukan masa. Padahal otak tengah berserabut dan tidak dapat berfikir dengan baik. Akhirnya main game dalam laptop. Satu lagi cara admin mengawal stress ialah dengan keluar bersiar-siar. Tidak perlu ambil masa yang lama, setengah jam pun dah cukup. Otak kita akan lebih tenang kemudian kita boleh sambung buat kerja dengan penuh semangat.










4.    Terapi terbaik di saat kita tertekan ialah senyum. Elakkan senyum seorang diri dikhuatiri di anggap gila.




DELEGASI ILMU PENGIKAT UKHWAH

Pada 25 NOV 2012, telah diadakan satu program delegasi kerjasama antara Kelab Fasilitator Bitara UPSI dan juga Student Facilitating Front UIAM. Delegasi Ilmu Pengikat Ukhwah ini diadakan untuk menjalinkan kerjasama dengan Kelab fasilitator di universiti lain. Dalam pada itu, ianya juga melibatkan kerjasama daripada pelbagai aspek seperti perkongsian ilmu dan kemahiran bagi menghasilkan produk pemimpin berkualiti. Kerjasama yang diadakan ini diharap dapat mewujudkan satu hubungan bukan sahaja di antara KeFB UPSI dengan STUFF UIAM malahan menjadi satu platform untuk UPSI membina tapak bagi menjalinkan hubungan baik dengan universiti lain serta membawa kembali nama UPSI sebagai satu institusi yang mampu melahirkan pemimpin dan penggerak yang berkualiti. Teruskan bersama kami.









ADAB BERBUAL


Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.
Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,
"Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim)
Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?
1. Suara yang rendah dan lembut.
Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.
Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.
Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi".  Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .
Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.
2. Tidak menunjuk pandai.
Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,
"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)
Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.
Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi."
Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.
3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.
Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.
Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."
Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.
Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."
Rujukan: Kitab Min Adabil Islam, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah



BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI DAN PROTOKOL




Pada tanggal 15 November 2012,telah diadakan satu Bengkel Protokol dan Organisasi anjuran Kelab Fasilitator Bitara bersama Majlis Belia Felda Malaysia cawangan Besout 4 bertempat di Felda Besout 4,Perak. Perkongsian ilmu ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan tentang peranan jawatankuasa didalam sesuatu organisasi serta protokol didalam sesuatu majlis. Teruskan bersama kami.













IMAGINASI

Mengapa Imaginasi Penting untuk Anak-Anak ?
Sebelum kita pergi kepada topik, jom kita bertenang sekejap. Kemudian toleh sekeliling, berapa banyak alatan yang kita miliki tetapi tidak pernah pun kita terfikir akan ciptaan dan rekaannya sebelum ini? Banyak juga kan? Kita beli ia sebab kita minat dengan reka bentuk dan keunikkannya ataupun disebabkan fungsinya. Tokoh saintis terkemuka dunia pernah berkata:

"Imigination is more important than knowledge"- Albert Eistein
Tengok sahajalah telefon bimbit kita, dahulunya hanya boleh guna untk menelefon dan sms tetapi sekarang artikel ini pun boleh dibaca melaluinya. Tidak keterlaluan dikatakan, tanpa imaginasi mungkin tiada benda baru bakal tercipta. Keupayaan 'mencipta' adalah fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Tetapi ia mestilah bermula dengan imaginasi.

Adakah imaginasi membantu kejayaan anak-anak?

jawapannya YA. Menurut kata dari Dorothy Singer; penulis buku The House of Make Believe: Children's Play and the Developing Imagination, majoriti anak-anak yang secara aktif menggunakan imaginasi akan lebih mudah untuk bergaul dan bekerjasama dengan rakan yang lain, cepat dalam menyelesaikan masalah (problem-solving) dan ternyata lebih kreatif.
Jika diimbau kembali zaman dahulu, permainan seperti police and thief, nenek si bongkok 3  merupakan antara permainan yang memerlukan kemahiran imaginasi yang cukup digemari. Kita berupaya untuk berfantasi seolah-olah menjadi seorang polis yang menyelesaikan masalah masyarakat-ala-ala super hero gitu   .  Cukup menyeronokkan!
Bezanya kini, anak-anak terlalu dimuatkan dengan gajet elektronik yang dimuat turun pelbagai permainan bagi mengasah imaginasi mereka, begitulah pendapat sesetengah ibubapa. Ia tidaklah salah sepenuhnya, ada pro dan kontra bagi setiapnya. Keterbatasan dalam permainan elektronik ini secara tak langsung menyumbang kepada permasalahan untuk anak-anak bersosial bersama rakan sebaya di sekolah kelak.
Fikirkan sejenak:  Berapa peratus ilmu yang  kita pelajari digunakan dalam sektor  pekerjaan selepas tamat pengajian. Mungkin hanya 30 peratus sahaja. Selebihnya adalah kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerjasama dan sikap tanggungjawab.

Bagaimana imaginasi dapat membantu meningkatkan kecerdasan IQ anak-anak ?

Perkayaan penggunaan bahasa- Bercerita dan mendengar penceritaan daripada rakan yang lain akan menambah kosa kata anak-anak dan mereka berpeluang untuk mempelajari perkataan baru sebanyak mungkin.
Pemikir yang kreatif – Apabila imaginasi mereka digunakan sebaik yang mungkin di waktu kecil, kelak mereka akan membesar menjadi seorang dewasa yang kreatif serta bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan bijak mencipta dan membuat innovasi dengan pemikiran ‘di luar kotak’.Kurang mendapat tekanan- Mereka yang bijak berfantasi akan cuba keluar daripada tekanan dengan mengawal setiap permasalahan di dalam minda mereka. Mereka bijak mengalihkan situasi ke arah suasana yang lebih menenangkan.

Apa yang boleh anda lakukan?
Otak kiri akan berfikir secara logik manakala otak kanan akan proses maklumat secara kreatif. Maka, imbangi penggunanaan otak kiri dan kanan anak anda dari peringkat awal lagi. Ibubapa digalakkan bermain aktiviti berbentuk fizikal dan fantasi bersama-sama anak di rumah. Permainan seperti sock-puppets , doll ataupunlego antara permainan yang bagus melatih kemahiran imaginasi anak. Setelah selesai bermain, pastikan anda kemas barangan mainan bersama mereka.Secara tidak langsung ia membantu memupuk sikap tanggungjawab.
Jika anda memiliki sedikit kebolehan melukis, ajak mereka melukis bersama. Lukislah pokok, kucing ataupun rumah nenek. Ia sangat membantu merangsangkan memori mereka dalam bentuk gambaran. Kemahiran ini memudahkan mereka  mengingati apa yang dipelajari di sekolah kelak. Misalannya mengingati huruf ‘d’ dan ‘b’, yang mana kedua huruf ini hampir sama. Selain itu, aktiviti kelas seperti playgroup antara salah satu medium pembelajaran yang memfokuskan penggunaan imaginasi anak-anak secara optimum. Kelas ini direka untuk anak 2 tahun ke 5 tahun sahaja.
Di dalam kelas ini terdapat segmen  Creative Play dan Arts & Crafts merupakan platfrom terbaik bagi mengasah bakat dan imaginasi anak anda. Selain itu, ia menyediakan ruang dan masa yang berkualiti untuk anda dan anak. Lupakan seketika ungkapan ‘Anak saya tak reti lukis”  atau “Anak saya tak penah pun pegang gunakan gam”; kerana di kelas ini bukanlah kesempurnaan dan cantik yang dimahukan tetapi peluang dan lahihan. Berikan mereka peluang dan ruang untuk buktikan.

JADILAH BENIH YANG BERNAS........... (,")


“Jadilah Benih Yang Bernas”
Memetik ucapan Almarhum Hj. Abdullah Mohamad, aktivis masyarakat pantai timur pada akhir 1940-an:

Jadilah benih yang bernas,
Seribu tahun dijemur panas,
Digetus digetas binatang buas,
Tetap tumbuh mencetus tunas.

Cuba kita fikir dan kita renungkan bersama, apa beza benih yang elok dengan yang tidak elok?

Benih yang elok, walau dicampak atau di tanam dengan apa cara sekalipun ia akan membawa satu hasil yang luar biasa berbeza dengan benih yang tidak elok. Andai dijaga, disiram dan dibaja tetapi ia tetap kekal begitu seandainya mengeluarkan hasilpun belum tentu elok hasilnya.
Maka kita disuruh untuk menjadi seorang yang hebat dengan potensi yang ada pada diri kita. Janganlah terlalu mengharap atau bergantung kepada sesuatu pihak sehingga kita malas untuk berusaha. Jangan menjadi pelajar yang terlalu bergantung kepada guru, masyarakat yang terlalu bergantung kepada kerajaan, dan pekerja yang terlalu bergantung kepada bos kerana mereka adalah antara contoh yang kerap dibincangkan dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan satu persepsi buruk terhadap diri masyarakat kita sendiri.
Sebagai seorang fasilitator maka potensi diri amat penting. Potensi diri kita adalah hak kita, jangan sia-siakan bakat yang ada. Tidak dinafikan bahawa orang akan memberi kita peluang untuk kita membaiki diri, tetapi sejauh mana kita cuba untuk mendapatkan dan memanfaatkan peluang itu untuk membina potensi kita?
Ingatlah pokok yang tumbuh melata di hutan rimba tidak menanti manusia untuk menyiramnya. Tetapi mereka bersaing untuk mendapatkan air, zat, galian dan lain-lain dari tanah serta cahaya mentari yang menyinari mereka untuk terus hidup.
“Jadilah benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi rimba.”
Pilihan ditangan anda, selami hati, kuasai jiwa, anda penentu segala.
Saya memilih untuk menjadi benih yang bernas, anda bagaimana?

ILMU YANG MENYELAMATKAN =)


Kisah ini sebenarnya pernah saya dengari (paling tidakpun ketika usrah atau majlis ilmu tika di SDAR dahulu). Walauapaun, cuba pembaca baca dan hayati mesej disebalik kisah ini…

Masjid kat tempat aku, sebelum solat tarawih mula, seorang ustaz akan bangun dan bagi satu tazkirah pendek. Malam kelmarin, dia bawa cerita yang menarik. Hampir setiap malam cerita menarik sebenarnya, tapi aku nak ceritakan yang ini. Cerita ni diambil dari sebuah kitab katanya, dan dia olah sikit cerita ni supaya mudah untuk kita faham. Sebenarnya, ustaz ni memang semua cerita dia nak olah. Memang poyo dia ni. Aku, on the other hand, tak olah cerita ni, aku ceritakan sebaik mungkin mengikut apa yang aku ingat.
Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang pemuda yang pandai dan tinggi pengetahuan mereka. Pemuda pertama dah belajar dari banyak universiti, dari yg dalam negara, sampai seberang laut, hinggalah ke dalam laut. Pemuda kedua ni belajar di berbilang-bilang tempat dari US ke UK sampailah ke Timbaktu. Pemuda ketiga pun begitu lah juga, semuanya tinggi tahap ilmunya.
Tiba masa cuti universiti, mereka ni pun nak pulang ke kampung. Asal dari kampung yang sama mereka ni. Untuk ke kampung tu, diorang kena naik perahu merentas laut sebab kampung diorang kat pulau. Kebetulan mereka sampai ke jeti serentak, maka naiklah mereka bertiga dalam satu perahu yang sama dengan seorang pakcik pendayung perahu tu.
Dalam perjalanan, ketiga-tiga pemuda ni nak tunjuklah mereka pandai, dan cuba nak uji pendayung sampan. Pemuda pertama pun tanya pada pakcik pendayung.
“Pakcik… Pakcik tahu tak apa dia kamiran bagi x? Atau the integration of x?”
“Err, pakcik ni tak tahu apa-apa kemahiran lain, dayung sampan pakcik tahu lah”, jawab pakcik. Dia ingat kamiran tu kemahiran.
“Apalah pakcik ni, benda simple macam ni pun tak tahu. Integration of x is x2/2″, balas pemuda pertama dgn bongkak.
Giliran pemuda kedua pula tanya. Pemuda kedua ni belajar medic.
“Pakcik… Pakcik tahu berapa BP normal kita?”
“Err, kalau nak ke BP tu arah sana. Batu Pahat dalam beberapa batu je dari sini”, jawab pakcik tu.
“Apalah pakcik ni, BP tu blood pressure, normal dalam 120/80″, terang pemuda kedua yang juga bongkak.
Pemuda ketiga pun teringin nak menunjukkan kepandaiannya.
“Pakcik… Pakcik tahu tak berapa ramai penduduk London?”
“Err, manalah pakcik tahu, nak.. Pakcik ni, London tu memang pernah dengar, tapi Kuala Lumpur pun pakcik tak pernah sampai”, jawab pakcik tu sedih.
“Apalah pakcik ni, London’s population dalam 8 juta orang”, jelas pemuda ketiga.
Lalu mereka bertiga-tiga ni pun mengetawakan pakcik ni sebab soalan-soalan mudah ni pun dia tak tahu. Ha ha ha.
Tiba-tiba, langit yang cerah menjadi gelap. Awan hujan mula berkumpul, angin makin kencang dan ombak makin mengganas.
Pakcik ni lantas bertanya kepada 3 pemuda ni. Satu soalan yang ringkas,
“Nak… anak bertiga ni tahu berenang tak?”
Ketiga-tiganya menggeleng serentak.
Lalu, ribut pun datang melanda dengan dahsyatnya, perahu yang diorang naik tu pun terbalik. Hanya pakcik pendayung perahu je yang selamat, ketiga-tiga pemuda tu mati lemas dilambung ombak.
Kesimpulan dari cerita ni, carilah ilmu yang boleh menyelamatkan kita. Ilmu yang dimaksudkan, terang ustaz tu, ialah ilmu agama. Itu yang akan menyelamatkan kita dari dugaan dunia dan menjadi pelindung di akhirat. Rugilah kita kalau kita asyik sangat kejar ilmu duniawi, dan bermegah-megah dangan apa yang kita tahu, sedangkan kita mengabaikan ilmu yang lebih penting, yang dapat menjamin kesejahteraan kita, semasa hidup dan selepas mati.



Nukilan OnDaStreet:
Kita terkadang leka dan terlupa, bahawa ilmu yang kita ada ini hanya amat sedikit berbanding potensi jumlah ilmu yang ada di dunia ini. Dari satu perspektif, pakcik sampan itu “bodoh” atau “kurang bijak”, hanya pendayung sampan dan tahu berenang. Setidaknya, jika sampan itu karam (sebagaimana dalam kisah ini), dia dapat berenang.
Begitu juga dengan 3 budak itu. Ilmu mereka berguna tika berada di dalam keadaan ilmu itu boleh digunakan. Mungkin bagi budak pertama itu, ilmu itu “menyelamatkan” dia tika menghadapi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ilmu matematik. Ilmu budak kedua pula “menyelamatkan” dia ketika berhadapan dengan pesakit. Ilmu yang dimiliki budak ketiga pula berguna ketika membuat kaji selidik mahupun apa jua yang memerlukan pengetahuan sebegitu.
Pokok pangkalnya, ilmu itu berguna tika ianya diperlukan. Kerana itulah, janganlah ilmu kita setakat yang asas dan Fardhu ‘ain, yang Fardhu Kifayah juga diperlukan. Jika kita hendak memakmurkan bumi ini, selain menunaikan kewajipan sebagai hambaNya, kedua ilmu duniawi dan ukhrawi diperlukan. Akan tetapi jangan takbur dan lupa diri, sudahlah!
Sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah yang dinukilkan ini. Biarpun tidak disertakan dengan dalil naqli, setidaknya hikmah disebalik kisah ini kita ambil, teladani dan bertindak sewajarnya.
Wallahualam…

TOT I

Pada tanggal 7 Oktober 2012 ,kelab telah menganjurkan satu bengkel ' training of trainer 1' yang bertempat di Dewan Konvensyen B.e Learning. Antara pengisian yang telah dijalankan ialah mengingati kembali 'energizzer' ,pembahagian kumpulan fasilitator, mencipta 'energizzer' baru dan lain-lain lagi. Moga perkongsian ilmu ini bermanfaat kepada semua dan juga diberkati.

"bergerak seiring menyahut cabaran"


                                      Suasana didalam Dewan Konvensyen UPSI

                                         
                                        Penerangan dari Presiden Kelab tentang Visi dan Misi

                                     
                                          Sesi pendaftaran seawal 8.00 pagi telah diadakan.


                                        Penasihat Kelab sedang memantau perjalanan bengkel TOT 1.

MASIH ADA YANG SAYANG

Program pertama bagi sesi baru ini telah dijalankan pada 30/09/2012 iaitu program Masih Ada yang Sayang (MAYANG) bertempat di rumah warga tua Ikhtiar Selesa Villa dan juga rumah anak-anak yatim Nurul Iman di Ipoh. Program amal ini diketuai oleh Exco Perhubungan Antarabangsa & Koperat Kelab Fasilitator Bitara dan hanya melibatkan segelintir ahli yang terpilih. Para fasilitator telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan seterusnya melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Semoga program amal seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberikan manfaat kepada pelbagai pihak.

"seiring menyahut cabaran"

                                        Sesi bergambar para Fasilitator dengan penghuni Nurul Iman




                                         Slot bermain puzzle bersama adik-adik...


                                         Kemesraan terjalin antara fasilitator dengan penghuni Ikhtiar Selesa




                                         Keceriaan terpancar diwajah mereka...