PESB III MADRASAH IDRISIAH BUKIT CANDAN :)

PESB III MADRASAH IDRISIAH BUKIT CANDAN :)

Alhamdulillah pada 11-12 Mei, program Peribadi Unggul Tunjang Kepimpinan telah berjaya dijalankan dengan melibatkan 9 orang fasi. Abg man,abg wan, abg mus, akk noora, akk shya, akk nurul, akk famie, akk tika, dan akk khamilah adalah fasi yang telah turut serta dalam program ini. Seperti sedia maklum, program ini telah dilakukan selama dua hari, iaitu kami telah sampai pada hari Sabtu (11 Mei) dan terus menjalankan program. Program ini diadakan di Kem Salak North (kem ini adalah kepunyaan madrasah ini sendiri) besttt sgt di kem ini. Layanan guru-guru di sini juga baik :). Kami selesa bekerjasama dengan mereka.

Program ini telah melibatkan seramai 40 orag peserta (adik-adik yang comel) daripada tingkatan dua, iaitu 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Pelbagai aktiviti yang telah kami jalankan antaranya ialah ice breaking, engineer buruk, senjata apakah itu, ekplorasi pulau, yakin atau ragu-ragu, rakit hanyut , hembusan kasih dan hajratul aswad. Kami juga melakukan nyanyian lagu tema, iaitu 'Menjadi Diriku' sebagai penyuntik semangat adik-adik.

Pada hari pertama, kami telah melakukan empat aktiviti (pagi sampai petang). selepas tamat eksplorasi, kami telah diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru, iaitu aktiviti kayak (fasi-fasi yang bersemangat nk main hehehe). Kami telah bermain bersam-sama adik-adik selama satu jam untuk aktiviti kayak (adik-adik lagi hebat daripada akak2 fasi rupenya). Aktiviti seterusnya dilaukan pada waktu malam.

Pada hari kedua kami telah menjalankan sedikit senaman dan sati modul iaitu hajaratul asuad. Setelah tamat, kami melakukan sedikit aktiviti gotong-royong untuk persiapan majlis penutupan. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh pengetua Madrasah Idrisiah En Khairul Anwar El Syazali Bin Musa  . Penasihat kelab, Cik Najidah turut sama memeriahkan majlis pada hari tersebut. Tamat majlis penutupan, kami telah disajikan dengan ikan bakar..:) nyum nyum....sedap sangat (siap bungkus bawa balik)...kami juga sempat bergambar bersama adik-adik sebagai kenang- kenangan, Semoga kami masih diberi kesempatan untuk bersama-sama pelajar Madrasah Idrisiah.


















 Bengkel Pengurusan Organisasi dan Protokol II 

Assalamualaikum… :)
Alhamdulillah syukur kepada ILLAHI kerana Bengkel Pengurusan Organisasi dan Protokol II anjuran Kelab Fasilitator Bitara (KeFB), UPSI telah selamat dijalankan pada 24 Mac 2013 yang lalu. Bengkel ini merupakan idea daripada Penasihat KeFB sendiri iaitu Cik Najidah binti Yahaya yang telah dipertanggungjawabkan kepada Exco Akademik KeFB. Ia merupakan kesinambungan daripada program jemputan pada semester lepas iaitu Bengkel Pengurusan Organisasi dan Protokol.
Sasaran utama kami ialah semua ahli KeFB dan kami juga menerima beberapa orang bukan ahli yang sudi menyertai bengkel ini.
Bengkel Pengurusan Organisasi dan Protokol II ini dilaksanakan dengan tujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada ahli KeFB berkenaan ilmu protokol terutama protokol dalam majlis rasmi serta cara mengendalikan sesebuah organisasi dengan tepat, lebih-lebih lagi Program Eksklusif Sekolah Bitara III (PESB III) akan menjelang tidak lama lagi.  
Bengkel ini terdiri daripada 2 slot iaitu slot pengurusan dan slot protokol. Antara pengisian yang telah diperoleh oleh para peserta dalam slot pengurusan ialah cara membuat kertas kerja, surat-menyurat, laporan penuh program dan pengurusan kewangan. Manakala dalam slot protokol pula, setiap peserta dilatih berkenaan protokol di meja makan dan protokol dalam majlis rasmi. Setiap slot bukan sahaja diajar teori, tetapi peserta juga perlu mengaplikasikannya melalui praktikal supaya mereka lebih faham.
Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat dan dapat digunakan dengan baik serta dikongsi dengan semua orang. Terima kasih keluarga KeFB….. 


slot 1 : Kertas Kerja


Slot 2 : Laporan Program



Slot 3 : Laporan Kewangan

Slot 4 : bersama abg kacak, Abg Amir dalam slot protokol
pemyampain cenderahati.smile :)



seronoknye abg amir kita ;)
cewaahhh kak ikin... >.<

kak mas malu2 di situ,...:)

PESB III: SMK (BESTARI PERDANA) KUALA KUBU BHARU


28 April 2013 - Bertempat di Kuala Kubu Bharu, seramai sebelas orang fasilitator KeFB telah menjalankan program sehari di SMK (Bestari Perdana) Kuala Kubu Bharu. Program yang bertemakan motivasi, Transformasi Tunjang Kecemerlangan disertai oleh 110 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2, 3 dan 4. Program yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi dimulakan dengan sesi pendaftaran, ice breaking dan aktiviti dalam kumpulan. Program ini diakhiri dengan majlis perasmian penutupan yang dirasmikan oleh pengetua sekolah, Tuan Haji Manap bin Jarkasi. Berikut disertakan gambar sepanjang program dijalankan.








PESB III: SMK SERI KANDI, BUKIT SENTOSA DAN FELDA BESOUT


Pada 27 April 2013 yang lalu, PESB III telah diteruskan lagi dengan tiga buah sekolah yang dijalankan serentak pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan setiap slot telah diisi dengan aktiviti mengikut tema yang telah ditetapkan oleh sekolah masing-masing. Berikut disertakan gambar-gambar yang menunjukkan perjalanan program.



SMK SERI KANDI (Transformasi Minda Cemerlang)









SMK BUKIT SENTOSA (Pemimpin Kreatif & Berinovasi)









SMK FELDA BESOUT (The Joy We Had The Pain We Share)