SEMARAK KASIH SETEGUH UKHWAH ( SEKAWAH III )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

           Baru-baru ini Kelab Fasilitator Bitara UPSI telah mengadakan Program Sekawah III yang berlangsung pada 29 September 2013 iaitu hari Ahad dan bertempat di Padang Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI. Program ini diadakan bagi mewujudkan ukhwah yang erat dan teguh di antara ahli lama dan ahli baru dalam Kelab Fasilitator Bitara (KeFB). Tambahan pula, program  tersebut merupakan program pertama bagi sesi kali ini dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak. Selain itu, ia juga dapat melatih  secara praktikal dalam melaksanakan tugas secara kerjasama dalam berpasukan serta mendekatkan mereka kepada program kemasyarakatan. Malah, turut menjalinkan ikatan persaudaraan dan silaturrahim yang baik dan kukuh antara  ahli-ahli Kelab Fasilitator Bitara (KeFB).

           Program bermula pada pukul 8 pagi  hingga 1 tengah hari. Sesi pendaftaran bermula pada pukul 8 hingga 8.15 pagi. Alhamdulilah ramai ahli keFB yang hadir untuk memeriahkan lagi program ini.







           Terdapat pelbagai aktiviti telah kami jalankan sepanjang program tersebut. Semua peserta yang datang dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 8-9 orang. Aktiviti tersebut lebih kepada aktiviti sukan rakyat atau lebih dikenali sukan tradisional. Antara aktivitinya adalah mencipta layang-layang, memancing botol yang berisi air, menyumpit ke belon dan menuju tin. Semua dapat memberi kerjasama dan semangat dalam membuat semua aktiviti malah Cik Najidah juga turut bermain bersama-sama ahli-ahli KeFB. 

i) Mencipta layang-layang






ii) Memancing Botol






iii) Menyumpit belon






iv) Menuju tin







            Semua aktiviti telah tamat pada pukul 12.15. Kemudian, majlis penutup dirasmikan oleh penasihat KeFB iaitu Cik Najidah dan sedikit ucapan daripada pengarah program saudari Nurul Zahira. Selain itu, setiap kumpulan mendapat hadiah atas komitmen yang diberikan antaranya kumpulan paling comel, kumpulan berwawasan dan lain-lain. 





           Alhamdulilah program telah tamat pada 1.00 tengah hari. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga akan makin meriah pada program-program akan datang. 




"Bergerak seiring menyahut cabaran"





Tahniah & Selamat Datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat bertemu kembali kepada semua ahli KeFB. Kepada ahli baru KeFB, selamat datang dan tahniah diucapkan. Untuk makluman, semua ahli KeFB dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program SEKAWAH III: Semarak Kasih Seteguh Ukhwah pada 29.09.2013 (AHAD).

Yuran Sekawah - RM2
Yuran keahlian - RM 5 (ahli lama) 
- RM 10 (ahli baru)

Moga Ukhwah yang terjalin memberi kebaikan buat semua.
"Bergerak Seiring Menyahut Cabaran"



Alhamdulillah, pada 11 hingga 13 September yang lepas Kelab Fasilitator Bitara telah melakukan hebahan dan mengedarkan borang bagi pengambilan ahli baru bagi sesi 2013-2014. Sambutan yang diberikan begitu menggalakkan. Di samping itu, pendaftaran keaktifan ahli lama turut dijalankan.

Kemudian pada 17 dan 18 September, diteruskan pula dengan sesi temuduga bagi pemilihan ahli baru. Sesi temu duga berjalan dengan lancar walaupun hanya dijalankan selama dua hari. Tambahan pula, para calon yang terlibat memberikan kerjasama dengan baik. 





Tahniah kepada semua calon yang berjaya!! Kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi di masa hadapan. Oleh itu, bersempena program akan datang pada hari Ahad ini, semua ahli KeFB baru dan lama dijemput beramai-ramai bagi memeriahkan lagi hari keluarga KeFB, "SEKAWAH".  Semoga bersama-sama dengan program ini, kita dapat menyemarakkan lagi kasih disamping meneguhkan lagi ukhwah sesama kita. ^_^

p/s: semoga kita mendapat kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. AMIN.