"Akademik Cemerlang, Kerohanian Terbilang"



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar ahli keFb yang di kasihi sekalian,
Admin harap kalian berada dalam keadaan sihat selalu.
Baiklah untuk kali ini admin akan menulis mengenai program yang seterusnya iaitu program “ Akademik Cemerlang, Kerohanian Terbilang”. Buat pengetahuan semua program ini diadakan pada 22 Mei 2014, bersamaan hari Khamis malam Jumaat bertempat di Bilik Seminar Bitarasiswa..
Hehehehe admin yakin semua ahli tahu tempat Bitarasiswa kan???
Kalau tidak tahu..ok sila mohon surat berhenti belajar k..
Takkan bitarasiswa tak tahu kot kan…(gurau aja)

Baiklah admin akan cerita kan serba sedikit mengenai program ni..
Opss sebelum itu, admin nak tanya siapa yang sertai program ini??
Kalau yang sertai program ini.. admin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana anda bukan sahaja mahasiswa yang cemerlang dalam bidang akademik, malah turut sama cemerlang dalam bidang kerohanian.
Buat pengetahuan semua, program ini diadakan oleh Exco Latihan Pembangunan Sahsiah Kelab Fasilitator Bitara, UPSI. Tujuan program ini diadakan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa mengenai  kepentingan pengisian rohani terutamanya ketika menjelang peperiksaan kepada semua mahasiswa khususnya dalam kalangan  ahli kelab. Selain itu, untuk pengetahuan semua, program ini juga di adakan dengan harapan dapat memberi kekuatan dan kesejahteraan kepada ahli kelab ketika menghadapi sebarang bentuk cabaran. Secara tidak langsung melalui program ini dapat membentuk keperibadian unggul seorang mahasiswa yang berkeyakinan serta bermotivasi pada masa sekarang dan masa akan datang.
Admin akan cerita serba sedikit perjalanan program yang di adakan buat kali ni. Untuk pengetahuan semua, program ini diadakan bermula pada jam 7 malam. Semua ahli kelab berkumpul untuk solat maghrib berjemaah dan bacaan solat Yasin yang di imamkan oleh ahli kelab sendiri iaitu saudara Muhammad Iqbal bin Jaafar. Kira-kira dalam pukul 8.00 malam diadakan tazkirah maghrib pula yang menyentuh mengenai akademik mahasiswa. Kemudian,  dalam pukul 8.30 sekali lagi saudara Muhammad Iqbal menjadi imam solat Isyak dan solat hajat..

Selepas solat Hajat, slot seterusnya di isi dengan perkara yang menggembirakan semua ahli..hehehehe nak tahu apa?
Semestinya jamuan makan.  Selepas semua ahli selesai makan, Slot seterunya di isi dengan Forum yang di kelolakan oleh ahli kelab sendiri yang bertindak sebagai moderator dan panel. Forum ini bertemakan akademik cemerlang, Kerohanian terbilang. Hehehe admin percaya mesti kalian nak tahu siapa moderator dan panel forum kan? betul tak?
Baiklah, moderator bagi program ini adalah sekali lagi, saudara Muhammad Iqbal bin Jaafar diapit oleh dua orang panel yang kacak dan comel iaitu saudara Muhammad Hafiz bin Jalil  dan saudari Siti Faeza Maznum Binti Musa. Wah!! admin tak sangka sungguh berbakat semua ahli kelab kita..admin yakin fasilitator seperti mereka inilah yang kita cari…
Tidak lengkap program KeFb jika tidak disertakan dengan amanat bonda yang tercinta iaitu selaku Penasihat Kelab Fasilitator Bitara, UPSI iaitu Cik Najidah binti Yahaya. Bonda menyampai amanat dengan menasihati semua ahli Kelab supaya mengimbangi bidang akademik dan juga  menitik beratkan hal ehwal kerohanian supaya dapat menjadi mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang di dunia, malah turut cemerlang di akhirat..
Penutup program ini para peserta yang terdiri daripada ahli kelab mengambil gambar kenangan bersama-sama..
Di harap melalui program yang diadakan ini dapat membantu semua ahli kelab untuk bersedia menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan datang….
Salam kasih sayang daripada admin untuk semua. di harap kalian terus bersama Kelab Fasilitator Bitara. Jangan lupa, 

“ Bergerak Seiring, Menyahut Cabaran”.


Bengkel Pengurusan Organisasi & Protokol III


Pada 4 Mei 2014, Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa Kelab Fasilitator Bitara UPSI telah mengadakan satu bengkel iaitu Bengkel Pengurusan dan Organisasi III. Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada bengkel yang pernah di anjurkan sebelum ini. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua mahasiswa yang juga merupakan bakal guru mengenai pengurusan organisasi yang merangkumi pengurusan mesyuarat, pengurusan organisasi dan juga ilmu berkaitan bidang protokol.

Slot pertama dan kedua iaitu pengurusan mesyuarat dan organisasi  dikendalikan sendiri oleh penasihat Kelab Fasilitator Bitara UPSI iaitu Cik Najidah bt Yahaya. Dalam slot ini banyak ilmu yang telah disampaikan oleh beliau antaranya ialah peranan dan tanggungjawab ajk, agenda mesyuarat serta senarai semak tatacara dan pengendalian. Slot seterusnya pula dikendalikan oleh mantan presiden Kelab Fasilitator Bitara UPSI iaitu saudara Mohd Raziman bin Abdul Rahman. Manakala dalam slot ini pula, perkara yang turut dikongsikan oleh mantan presiden ialah tentang protokol majlis iaitu cara menyambut tetamu vip, susun atur sesuatu majlis, jemputan dan sebagainya. Bengkel ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan banyak input yang berjaya diperoleh oleh semua peserta. Diharapkan segala input yang diperoleh akan dimanfaatkan dalam apa jua keadaan.







LASKAR PELANGI



Pada 20 April 2014 yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara  (KeFB) telah mengadakan sebuah  program yang santai, namun masih tidak mengetepikan aspek tanggunjgjawab sosial kepada alam sekitar. Program ini diadakan di Tasik Embayu, Proton City. Perjalanan dimulakan dengan sesi senaman, ice breaking dan minum pagi di perkarangan Masjid Al- Mursyidin. Para fasilitator nampak begitu berkobar-kobar untuk memulakan kembara walaupun hari agak panas dan perjalanan memakan masa hampir satu jam. Mereka secara sukarela, mengutip sampah yang terdapat di sepanjang perjalanan ke Tasik Embayu. Mereka juga diberi tugasan sampingan iaitu mengira jumlah pokok di tepi jalan.






Setibanya di Tasik Embayu, kami memulakan beberapa modul yang santai, tetapi mempunyai pelbagai pengisian yang memberikan suntikan dan pengajaran di samping mengukuhkan ukhuwah ahli KeFB. Pengisian tersebut selaras dengan objektif program yang ingin menimbulkan rasa cinta dan cakna terhadap alam serta mengukuhkan silaturahim ahli keFB. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah ‘Lukisan Alam’, ‘Selamatkan Saya’ dan ‘Jambatan Cinta’.






Usai menyelesaikan pelbagai aktiviti, semua peserta berkumpul dalam bulatan dan membuat refleksi keseluruhan mengenai perjalanan program. Mereka memberikan pelbagai respon yang positif dan pengajaran yang mereka perolehi. Program disudahkan dengan aktiviti BBQ yang telah disediakan. Usai sesi fotografi, semua peserta diarah bersiap untuk solat dan rehat sementara menunggu kenderaan untuk pulang. Program dapat disudahkan dengan jayanya hasil kerjasama semua AJK pelaksana dan peserta yang memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama, walaupun hujan turun dengan lebatnya pada petang tersebut.





Teruskan keprihatinan kita terhadap alam sekitar. Teruskan merefleksi diri agar memberikan manfaat kepada orang lain juga alam sekitar. Terima kasih atas komitmen semua. Moga berjumpa lagi !



 

DELEGASI BUMI KENYALANG

Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) telah melangkah lebih jauh, iaitu dengan terbang menjelajah ke Borneo iaitu melalui “Program Delegasi Bumi Kenyalang”. Program ini telah berlangsung pada 6 – 10 April 2014 yang lalu, iaitu kerjasama dengan pihak Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu antara dua buah kelab, berkongi modul, belajar budaya yang baharu dan juga untuk melebarkan lagi hubungan kerjasama antara UPSI dengan pihak-pihak IPT yang lain. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang berada di UNIMAS, antaranya ialah Ice Breaking”, Perkongsian LDK/Energizer/Refreshment, Jelajah UNIMAS, Perkongsian Info antara Kelab KeFB dan PRSU. Terdapat banyak input yang diperolehi melalui aktiviti yang dijalankan.



Ketibaan kami semua di Lapangan Terbang Sarawak di sambut oleh Pengerusi PRS (William Thambie) bersama-sama ahli kelab yang lain




Perjalanan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)



PITAS merupakan tempat kami berkumpul dan menjalankan aktiviti antara KeFB dan PRS sepanjang program berlangsung.

SLOT BERSAMA PENASIHAT KELAB FASILITATOR BITARA (KeFB)


SESI ICE BREAKING & LDK










SLOT JELAJAH UNIMAS
Aktiviti bagi Slot Jelajah UNIMAS adalah dijalanka dalam bentuk “explorace”. Banyak tempat yang dijelajah seperti Perpustakaan, JHEPA dan lain-lain lagi.




Setelah menjelajah UNIMAS di pagi hari, beriadah pula di bahagian bawah bangunan PITAS. 



Diucapkan tahniah kepada semua ahli Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) UNIMAS di atas program yang telah dijalankan, semoga segala ilmu yang telah dikongsikan dan diraih dapat dimanfaatkan pada masa yang akan datang. 







Gather Reach Our Charity (GROC)


Alhamdulilah bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnianya, Program Kemasyarakatan Gather Reach Our Charity atau bahasa singkatan adalah GROC telah berlangsung pada 5 April 2014 di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sabak Bernam dengan jayanya. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak KeFB kepada warga-warga emas di sana. Antaranya adalah aktiviti gotong royong, sukaneka, mural dan sebagainya. Banyak perkongsian ilmu yang kami perolehi daripada warga emas di sana. InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa lagi. Hulurkan bantuan, ringankan beban. Antara-antara aktiviti yang telah kami lakukan pada hari tersebut.