Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. JJJ

Bagaimana hari anda? Baik atau sebaliknya. Diharapkan baik-baik sahaja. Pejam celik pejam celik kita sudah berada di akhir semester dan akan menempuh peperiksaan yang akan tiba. Dengan kesibukan kita untuk mengulang kaji pelajaran kita jangan lupa dengan pencipta kita kerana Ia sebaik-baik perancangan. Jangan kita lupa untuk memohon pertunjuk kepadaNya supaya dipermudahkan kita untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Pada 25 Disember 2014 Kelab Fasilitator Bitara telah mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin di bawah Exco LPS bertempat di Bilik Seminar Md Yusuf, Bitarasiswa.  Selesai solat hajat dan bacaan hajat kami mengadakan satu LDK bersama-sama peserta.

Program ini adalah salah satu persediaan saat akhir sempena peperiksaan buat  semua. Usaha, doa, dan tawakal, in shaa Allah moga kejayaan milik kita. Jadi pesanan ikhlas daripada kelab fasilitator bitara ialah jaga kesihatan, jaga hubungan kita dengan pencipta. STUDY SMART, jangan tension-tension. Get yourself 100 percent ready to take exam. Lagi satu, sementara boleh , banyak-banyaklah kita buat baik dengan kawan-kawan, pensyarah, makcik dan pakcik cleaner serta makhluk lain seperti kucing dan sebagainya. Orang kata biar tangan kanan buat baik, sampai tangan kiri tidak tahu. Maksudnya, kita buat baik biar orang tidak tahu. Rasa ikhlas jew. Dan lepas buat baik tu, banyak-banyak doa menerusi kebaikan yang kita buat tu. 

Bergerak Seiring Menyahut Cabaran..



Semasa Solat Hajat



Semasa Bacaan Yassin



Sesi Tazkirah
Bersemangat saudara kita memberikan tazkirah



Khusyuk betul peserta kita mendengar tazkirah.



Peserta Bersalam-Salaman Selepas Selesai Solat Hajat



Semasa LDK dijalankan
Ha tulis jangan tak tulis



Wah gembiranya saudari yang bertudung merah



Semasa "ice breaking" dijalankan
Ok semua angkat tangan...(yang sebelah tu 'bodyguard' kew)




Ha picit jangan tak picit.



Perkongsian daripada peserta 



Cik Najidah memberi ucapan dan nasihat kepada peserta



Sesi bergambar bersama peserta