WELCOMING PROGRAM


Salam Ceria & Senyum :) :) 
Tiada lama, tiada baru begitulah  tradisi yang telah kami amalkan dari dulu lagi. Pada 25 Februari 2015 yang lalu, sekali lagi kami mengorak langkah positif dengan mengadakan Welcoming Program anjuran Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah. Tujuan program ini ialah untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli KeFB daripada pelbagai semester bak kata orang tua-tua, tempat yang jauh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. 


Pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan buat semua ahli KeFB yang hadir. Welcoming Program ini turut diserikan dengan kehadiran Cik Najidah Binti Yahaya iaitu penasihat KeFB yang komited dalam memimpin anak-anak buahnya selama ini.
Pendaftaran peserta.... :) :) 
Yang kecil jangan disangka anak, yang besar jangan disangka bapa 
Amanat daripada penasihat, Cik Najidah Yahaya
Siti Suhaila & rakan-rakannya pendengar yang baik
Bagi memeriahkan lagi Welcoming Program, pelbagai aktiviti & energizer telah dilakukan. Riak wajah kegembiraan mereka jelas terpancar melalui gambar-gambar di bawah. Biarlah gambar berbicara, walaupun gambar tidak dapat berkata-kata........ 
Tiru macam saya.. 
Manisnya senyumanmu.....
Peace.... best friend fuyOOOOOO..

Dalam suka dan tawa, ada juga kejutan buat insan-insan yang terpilih. Indahnya lahir bulan Januari & Februari, dalam diam ada juga yang sayang yee..
 




Happy Belated Birthday!!! May the lucky star with us and hoping all the happiness comes in our way. Thank you so much for the yummmy... cake.....
Setiap kenangan yang terukir, semestinya mempunyai nilai nostalgianya yang tersendiri.
Setiap persahabatan yang terbina semestinya menjadikan hari-hari kita menjadi lebih bahagia. Kudrat dan tenaga yang kita sumbangkan sudah semestinya menjadi satu titik tolak kepada diri untuk terus berorganisasi dan melakukan yang terbaik
walaupun kita sedar, bintang di langit sebenarnya terlalu tinggi untuk dicapai. 

" Bergerak Seiring Menyahut Cabaran " 



No comments:

Post a Comment