Kem Eksklusif Sekolah Bitara (KESB) Fasa 2

"Santapan Minda"

Assalamualaikum dan salam bitara, :)

Pada 17 Mei yang lalu, Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa ke-2  telah berlangsung dengan jayanya. Dengan tema “Santapan Minda” , kem ini diadakan di Dewan Konvensyen E-Learning, Aras 5, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Kem ini melibatkan 5 buah sekolah rendah ataupun sekolah kebangsaan yang menjadi sekolah angkat kepada UPSI.

Seramai 30 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa ke-2 pada kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, sesi “ice breaking” dan pelbagai slot yang lain lagi. Rupa-rupanya, adik-adik kita ni, aktif sungguh. Jenuh abang-abang dan kakak-kakak fasi . J Jom, kita lihat adik-adik kita yang comel dan aktif ni.


Para peserta tiba lebih kurang jam 8.30 lebih dan mereka terus mendaftar. Usai mendaftar, terus dijalan sesi bergambar bersama-sama sebelum memulakan aktiviti bersama-sama abang dan kakak fasi.





Para peserta menerima fail daripada kakak dan abang fasi sewaktu mendaftar.

“Adik, jaga fail elok-elok taw”


“Abang, taip nama saya comel-comel macam saya taw, hihi”




Inilah para peserta cilik Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa 2




Para peserta bergambar dengan guru pengiring dan juga fasilitator KeFB.




“Adik-adik, ikut abang dan kakak-kakak di depan ni ya”




“Ketawa sakan dik, apa yang melucukan?” Mesti gaya abang dan kakak kan.



Para peserta berkumpul bahagian luar untuk aktiviti seterusnya.


“Main pijak-pijak surat khabar pun happeningnya, jangan terpijak kaki kawan sudah”




Tadi pijak surat khabar, sekarang kita balut orang guna surat khabar pulak.

“Habis kawan dibalutnya”


Sekarang, kita lihat hasilnya. Jeng, jeng, jeng.


Hasil 1 “Fesyen untuk lelaki”



Hasil 2 “Fesyen peserta perempuan”

Aktiviti seterusnya. “Adik-adik, ikut abang-abang dekat depan ni”



Jom kita lihat, menjadi tak adik-adik kita buat.



Semua khusyuk dengar penerangan. “Tangan pun dah bersiap sedia”


“Ini versi gegurls. Comey jer.”


Sesi refleksi. “Abang Khairul, saya nak cakap apa?”


Para peserta menunggu untuk aktiviti seterusnya.

“Semua muka tak sabar nak main aktiviti seterusnya”


“Okay, jom main susun puzzle gambar”


Akhirnya, puzzle gambar pun siap.


“Dengan bertanya, pengetahuan akan lebih luas”


Pengarah Program KESB Fasa 2, tetamu-tetamu jemputan dan Presiden KeFB di majlis penutupan.


Ucapan perasmian penutupan.


Penyampaian cenderahati kepada wakil pelajar.


Penyampaian cenderahati kepada salah seorang guru pengiring.


Penyampaian cenderahati kepada perasmi.


Last pic of the day. Gonna miss you guys. Belajar rajin-rajin.


Dengan berakhirnya KESB Fasa ke-2 ini, maka selesai sudah program rasmi yang melibatkan pihak-pihak luar. Alhamulillah. Semoga kita berjumpa lagi tahun depan dengan program-program yang lebih mantap dan menyeronokkan. J Salam sayang dari kami semua.

“BERGERAK SERIRING MENYAHUT CABARAN”

No comments:

Post a Comment