Sesi Temuduga Keahlian Baru KeFB

Assalamualaikum dan salam bitara…

Pada 16 September 2015, Kelab Fasilitator Bitara UPSI (KeFB) telah mengadakan temuduga bagi semua ahli baru yang telah mengambil dan menghantar borang keahlian kelab. Hampir 200 orang pelajar datang untuk sesi temuduga yang berlangsung pada hari tersebut.

Untuk pengetahuan semua, temuduga ini dijalankan sebanyak 2 sesi, iaitu sesi pagi dan petang.

KeFB menjalan sesi temuduga ini kerana ingin memilih calon-calon yang sememangnya berminat, dan boleh memberi komitmen serta pengorbanan kepada kelab suatu hari nanti.

Sesuailah dengan tagline kelab ini, iaitu “Kami tidak mencari yang hebat, tapi kami mencari yang ingin menjadi hebat”.

 Kita bermula dari zero dan in shaa allah akan meningkat kepada hero.

Tahniah kepada yang telah lulus temuduga tersebut dan tahniah kerana telah menjadi sebahagian daripada KELUARGA UNGU J

Sebahagian calon yang akan ditemuduga

AJK Pendaftaran yang setia dengan tugasnya :)
Sesi pendaftaran 

Sedikit perkongsian diberikan kepada calon akan ditemuduga
Menanti masa untuk ditemuduga..
ehhh, ada pulak 2 exco, takkan nak temuduga sekali lagi kot :P
Sesi yang dinantikan, temuduga oleh Penasihat KeFB :)






KEM PEMANTAPAN ORGANISASI

Pada 16 September 2015 iaitu pada hari Rabu yang lepas, Kelab Fasilitator Bitara UPSI (KeFB) telah menjalankan Kem Pemantapan Organisasi bertempat di Escape, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti lasak telah diharungi oleh MT & Exco KeFB bagi memupuk sinergi dan membentuk keyakinan dalam diri mereka untuk mengurus organisasi ini.
Apa2 pun selfie dulu sebelum mula program

Tubbing

Flying Fox
Jom belajar berjalan
Kami tak gentar harungi dugaan

Peserta mengatasi ketakutan mereka pada ketinggian untuk meningkatkan keyakinan mereka

Program ini berjaya meningkatkan keyakinan para peserta dan membentuk semangat ukhuwah yang kukuh sesama mereka.

Pengedaran Borang Pengambilan Ahli KeFB

"Kami tidak mencari yang hebat tetapi kami ingin mencari seseorang yang ingin menjadi hebat"

Assalamualaikum dan salam Bitara

   Pada 9 & 10 sept 2015 kelab fasilitator bitara telah mengedarkan borang keahliah bagi pengambilan ahli baru pada sesi 15/16 sebanyak 200 borang.
   Alhamdulillah, selama 2 hari kaunter kami diserbu oleh pelajar2 baru dan masing2 menunjukkan minat terhadap kelab ini dan sebanyak 200 borang keahlian telah habis diedarkan
   Bagi yang berminat mereka diedarkan borang pemohonan dan seterusnya pemilihan akan dipilih melalui sesi temu duga yang akan dijalankan pada 21 september 2015 .

sesi  petang



Salah seorang exco KeFB menerangkan serba sedikit berkaitan latar belakang kelab dan program yang telah dijalankan kepada pelajar yang baru๐Ÿ˜„


sesi  pagi

Semoga berjaya dalam sesi temu duga dan akan menjadi salah seorang ahli keluarga ungu ๐Ÿ˜



jumpa anda disana ;)