Sesi Temuduga Keahlian Baru KeFB

Assalamualaikum dan salam bitara…

Pada 16 September 2015, Kelab Fasilitator Bitara UPSI (KeFB) telah mengadakan temuduga bagi semua ahli baru yang telah mengambil dan menghantar borang keahlian kelab. Hampir 200 orang pelajar datang untuk sesi temuduga yang berlangsung pada hari tersebut.

Untuk pengetahuan semua, temuduga ini dijalankan sebanyak 2 sesi, iaitu sesi pagi dan petang.

KeFB menjalan sesi temuduga ini kerana ingin memilih calon-calon yang sememangnya berminat, dan boleh memberi komitmen serta pengorbanan kepada kelab suatu hari nanti.

Sesuailah dengan tagline kelab ini, iaitu “Kami tidak mencari yang hebat, tapi kami mencari yang ingin menjadi hebat”.

 Kita bermula dari zero dan in shaa allah akan meningkat kepada hero.

Tahniah kepada yang telah lulus temuduga tersebut dan tahniah kerana telah menjadi sebahagian daripada KELUARGA UNGU J

Sebahagian calon yang akan ditemuduga

AJK Pendaftaran yang setia dengan tugasnya :)
Sesi pendaftaran 

Sedikit perkongsian diberikan kepada calon akan ditemuduga
Menanti masa untuk ditemuduga..
ehhh, ada pulak 2 exco, takkan nak temuduga sekali lagi kot :P
Sesi yang dinantikan, temuduga oleh Penasihat KeFB :)






No comments:

Post a Comment