Sukarelawan dan Fasilitator

Semangat Sukarelawan
Assalamualaikum dan Salam Bitara !
Bagaimana permulaan semester kita pada minggu ini? Sedar tak sedar sudah dua minggu semester baru berlalu. Pasti semua sudah serabut dengan bebanan tugasan assignment yang pensyarah sudah tetapkan bukan? Hahaha.. tidak mengapa kawan-kawan. Kita ambil semua perkara tersebut sebagai satu perkara yang positif. Jangan menganggap semua perkara tersebut adalah satu bebanan dalam diri kita. Buat sesuatu perkara itu dengan ikhlas. Barulah semua perkara tersebut dalam dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Betul tak? Hehe..
Tak apalah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Insyaallah, segala kesusahan yang kita alami sekarang pada zaman belajar Allah akan balas dengan kejayaan =)


Baiklah. Admin nak kongsi sedikit dengan pembaca setia blog KeFB tentang semangat kesukarelawan. Sambil-sambil buat assignment tu, apa kata luangkan sedikit masa anda untuk membaca coretan ringkas kami.
Sukarelawan sangat sinonim dengan tugasan seorang fasilitator iaitu sebagai pemudah cara bagi sesuatu perkara.  Di Malaysia, terdapat pelbagai pertubuhan sukarelawan yang diasaskan seperti MERCY, KDN, RELA dan sebagainya. Sukarelawan adalah penting untuk membantu orang yang berada di dalam kesusahan tidak kiralah menbantu mangsa banjir, membantu orang kurang upaya dan orang miskin sekalipun, ia tetap dikira sebagai seorang sukarelawan. Menolong seseorang dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan mungkin bagi seseorang itu tidak berbaloi, namun ganjarannya akan Allah balas di sana kelak.

“ Dan tidaklah kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam” (al-anbiya 21:107)

Sebenarnya, banyak faedah yang kita akan peroleh jika kita menyertai kegiatan sukarelawan. Antaranya ialah seseorang itu akan dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan ini tidak akan kita peroleh di dalam bilik darjah. Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan adalah kemahiran insaniah iaitu lebih dikenali sebagai “softskills” yang hanya akan diperoleh melalui pengalaman dan penglibatan dalam aktiviti kemanusiaan. Antara contoh kemahiran insaniah yang kita akan peroleh adalah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kemahiran kerja berpasukan, pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika professional dan semangat kepimpinan.
Selain itu, sesorang yang menyertai aktiviti sukarelawan akan dapat mengasah bakat dan kepimpinan dalam dirinya. Kita tidak boleh hanya menjadi “FOLLOWER” kepada “LEADER” sahaja. Malah kita perlu jadi kedua-duanya. Semangat jati diri perlu ada dalam diri kita lebih-lebih lagi bagi seseorang penuntut di universiti.
Ilmu itu seluas lautan yang kita perlu terokai sendiri dan bukan hanya menadah tangan sahaja. Jadi, kita sendiri perlulah berusaha untuk melengkapkan diri kita dengan perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri kita dan seterusnya kepada orang lain.Terapkan dalam diri kita, buat sesuatu perkara perlulah berterusan. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Jangan hanya melepaskan batuk di tangga sahaja dan bersikap hangat-hangat tahi ayam. Bersama-samalah kita memperbaiki diri kita kea rah yang lebih baik yang mampu memberikan kesejahteraan kepada orang lain.
“Bergerak Seiring Menyahut Cabaran”

Di Mana Masa Kita

Assalamualaikum dan salam bitara.

Semester baru sudah bermula! Minggu pertama dan kedua pasti mengundang kesibukan untuk yang berusaha menyusun jadual dengan strategik kan. Moga berjaya menyusun jadual bagi mendapatkan masa yang berkualiti. Sempena semester ini eloklah kalau kita mulakan azam yang baru untuk menjadikan hidup kita lebih baik daripada semester yang lepas.

Sebelum kita masuk kepada pengisian kita minggu ini saya ingin mengimbas kembali program yang kami telah laksanakan pada pertengahan Januari yang lepas. Ketika kita semua sedang bercuti 20 orang mahasiswa/i UPSI diiringi Cik Najidah Yahaya telah melangkau ke Aceh Indonesia untuk melakukan khidmat Sukarelawan. Di sana, Skuad sukarelawan UPSI disertai 8 orang mahasiswa Universiti Syiah Kuala. Terbahagi kepada empat kluster iaitu pendidikan, kesihatan, komuniti dan kebudayaan. Skuad sukarelawan telah melaksanakan 20 projek di Kampung Desa Muka Blang. Diharap program Sukarelawan ini dapat menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk terus melakukan kebaikan.


Baiklah, dalam entry kali ini saya akan berkongsi tentang kepentingan pengurusan masa. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui tentang kepentingan pengurusan masa ini. Namun masih ada segelintir insan yang hanya memandang ringan terhadap aspek ini. Seperti mana yang diketahui, masa merupakan antara aspek yang amat penting di dalam kehidupan.

 Hal ini dapat dijelaskan dengan lebih jitu berdasarkan kata-kata yang diujarkan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna yang jelas mengaitkan masa dengan kehidupan, Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya. Pengurusan masa yang baik dapat memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan kita dalam menjalankan kehidupan yang produktif. Pendekatan yang pelbagai dapat diteruskan untuk menjalankan pengurusan masa yang baik. Antaranya ialah dengan melakukan setiap tugasan itu dengan tekun dan bersungguh-sungguh serta membuat jadual harian. Kepentingan menjalankan atau menguruskan masa ini pernah diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya iaitu :

Sabda Rasulullah s.a.w, Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun. (Hadis riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w menekankan supaya apabila kita ingin melakukan sesuatu, maka hendaklah dia melakukan dengan bersungguh-sungguh.

Perkara ini seharusnya kita ambil sebagai suatu pendekatan yang terbaik sebagai langkah atau lonjakan untuk menjadi seorang insan yang unggul dari pelbagai aspek terutamanya dari segi pengurusan masa.
Baiklah, sekian sahaja untuk entry kali ini. Assalamualaikum.
#bergerakseiringmenyahutcabaran
#familyungu

#bepostive